Wednesday, June 23, 2010

Aku mula ber 'blog' lagi..

Dalam kesibukan dan kemalasan yang melanda dan menerjah diri..aku terlupa dengan pena hatiku..hehe..inilah yang di namakan manusia biasa yang mana x boleh lari dari penyakit tu..leka,lupa,lalai dan seumpama dengannya..
apakah topik yang akan aku celotehkan hari ni..oh ye..esok aku akan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup aku,iaitu berlakon..huhu..aku akan memegang watak sebagai 'husbend' yang garang dan sering menjadikan isterinya mangsa pukul dan dera..watak ini amat mencabar bagi aku.sebab aku bukanla seorang yang berwatak ganas di luar..hehe..tapi insyAllah aku akan wat sebaik mungkin dan semampu aku..ya Allah,berikan aku kekuatan..=)
ok la..tu la yang mampu di kongsikan malam ni..jam menunjukkan pukul 2:10 am..huhu
mata aku pun dah mula melekat2..ok,esok jika ada masa aku post lagi something..

Sunday, August 9, 2009


Watak Piglet dalam Pooh The Bear


Sejak dulu lagi hingga ke akhir -akhir ini, di zaman dunia sedang dilanda wabak H1N1 yang berpunca dari khinzir, pihak barat terutamanya musuh-musuh Islam seolah-olah hendak mengkomersialkan dan mempopularkan watak khinzir sebagai satu watak yang comel dan disukai terutamanya oleh kanak-kanak...

Memang tidak dinafikan sejak dulu lagi, pihak musuh Islam sentiasa berusaha mempopularkan budaya yang berlawanan dengan cara Islam dan sunnah nabi kita...



Firman Allah dalam Al-Quran Mafhumnya:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. - An-Nahl:115.

Bahkan ada 2-3 tempat lagi di dalam Al-Quran yang menyatakan tentang pengharaman daging khinzir ini. Namun, itu sudah jelas bagi umat Islam, walaubagaimanapun, pihak musuh Islam tetap mahu menjadikan binatang ini suatu yang biasa dan manis dipandang mata umum terutamanya kanak-kanak.



Firman Allah dalam Al-Quran Mafhumnya:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. -Al-Baqarah:120.


Lagi contoh-contoh watak khinzir yang dikomersialkan:



Movie yang dah bersambung sampai 2-3 sequel.



Watak dalam filem animasi barnyard



Watak dalam Wordworld


Walaupun mungkin kita tidak dapat melarang sepenuhnya anak-anak kita menonton program-program kartun yang menampilkan watak ini, perlulah bagi kita agar sentiasa mengingatkan mereka tentang pengharaman dan kenajisan haiwan tersebut setiap kali mereka menonton rancangan yang menampilkan haiwan tersebut sebagai haiwan yang kononnya sangat comel...
Wallahu A'lam...

Saturday, August 1, 2009

Cinta



Apa itu cinta??

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat CintaCinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak DilahirkanRasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta BersediaBila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu IndahWalaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap BalasanCinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu MenaklukiSifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untukdirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu MengetahuiPada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patutdicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu HidupCinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihatcinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu SuciSebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.